PERU – Ahli arkeologi menemui rangka 25 manusia di bandar purba Chan Chan yang pernah menjadi ibu kota empayar Chimú.
Rangka itu ditemui di ruang kecil berukuran 10 meter persegi.
Empayar Chimu mencapai kemuncaknya pada abad ke-15 sebelum kekalahan mereka oleh Inca dan Chan Chan dan menjadi kubur besar ditemui adalah kubur terbesar pada zaman pra-Columbus.
Pakar berpendapat, kubur besar itu mungkin merupakan tempat pengebumian di mana ahli elit Chimú dikebumikan.
Ahli arkeologi, Sinthya Cueva memberitahu agensi berita Reuters kebanyakan rangka adalah milik wanita muda.
“Tiada seorang pun daripada mereka yang berumur lebih dari 30 tahun,” katanya.
Walaupun diketahui Chimú menjadi lokasi korban manusia termasuk kanak-kanak, ahli arkeologi Jorge Meneses Bartra pula berkata, tidak ada bukti mereka yang berada di kubur yang ditemui.
Bagaimanapun, para saintis akan menjalankan ujian untuk cuba menentukan punca kematian mereka.
Meneses Bartra berkata, kedudukan salah satu rangka menunjukkan ia telah dikebumikan sejurus selepas kematian manakala tulang lain menunjukkan ia telah dipindahkan ke tapak kubur daripada lokasi berlainan.
Mayat ditemui berbalut dan dalam keadaan duduk dengan beberapa lapisan kain diperbuat dari kapas dan bahan sayuran.
Hampir 50 keping seramik turut ditemui di dalam kubur itu, lapor media tempatan.- Reuters