KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikurniakan darjah kebesaran persekutuan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Ia dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong kali ini, seramai 1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.
Daripada jumlah itu, seramai 44 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini.
Ini merupakan tahun kedua menyaksikan istiadat itu berlangsung dalam suasana norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ekoran pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette