Home Dunia FBI terima beribu-ribu emel serangan siber dari pelayan dalaman

FBI terima beribu-ribu emel serangan siber dari pelayan dalaman

Pejabat FBI. foto Getty Images

WASHINGTON – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melancarkan siasatan selepas beribu-ribu mesej emel palsu dihantar dari salah satu pelayannya yang memberi amaran tentang kemungkinan serangan siber.

Agensi kerajaan itu berkata, kejadian pada pagi Sabtu adalah sebahagian daripada “situasi yang berterusan”, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Mesej yang dikatakan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat.

Mereka mendakwa ia sebagai amaran tentang ancaman dan diberi tajuk: “Urgent: Threat actor in systems.”

Emel tersebut memberitahu, penerima bahawa mereka menjadi sasaran “serangan berantai yang canggih” daripada kumpulan pemerasan yang dikenali sebagai Dark Overlord, menurut badan pemerhati anti-spam bukan keuntungan, Spamhaus.

“Mereka menyebabkan banyak gangguan kerana tajuk itu ekstrem, ia benar-benar daripada infrastruktur FBI,” ciap Spamhaus sambil menambah mereka tidak memasukkan nama atau maklumat hubungan daripada pengirim.

Menurut laporan media AS, lebih daripada 100,000 emel telah dihantar.

Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, FBI berkata, ia “menyedari kejadian tersebut pagi ini yang melibatkan emel palsu daripada akaun e-mel @ic.fbi.gov”.

Agensi itu berkata, perkakasan yang terjejas segera dibawa ke luar talian selepas isu itu dikesan dan memberi amaran kepada orang ramai supaya “berhati-hati dengan pengirim yang tidak dikenali” dan melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada kerajaan.

Ia masih belum jelas sama ada emel itu dihantar oleh individu yang mempunyai akses terus kepada pelayan FBI atau membabitkan penggodam. – BBC