Home Nasional 44 orang mengundi awal di Balai Polis Masjid Tanah esok

44 orang mengundi awal di Balai Polis Masjid Tanah esok

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kerja-kerja persiapan terakhir sempena hari pengundian awal pada esok hari sempena Pilihan Raya Negeri(PRN) Meleka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Polis Masjid Tanah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 16 NOVEMBER 2021.

MASJID TANAH – Seramai 44 orang akan mengundi awal di Balai Polis Masjid Tanah esok.

Penolong Pengurus Pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Lendu, Siti Mazlina Isa berkata, persiapan pengundian awal yang dilakukan pihaknya berjalan lancar.

“Seperti sebelum ini, di sini disediakan khemah Kementerian Kesihatan (KKM) dan khemah untuk pengundi bergejala,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Siti Mazlina ketika ditemui Malaysia Gazette di Balai Polis Masjid Tanah hari ini

Namun pihaknya sentiasa berjaga-jaga sekiranya terdapat pengundi yang dijangkiti Covid-19, ujar beliau.

Sementara itu, Siti Mazlina mengingatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan.

“Yang kedua, tolong jalankan apa saranan KKM iaitu pakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal,” katanya.

Seramai 11,557 orang pengundi akan mengundi awal esok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15.- MalaysiaGazette