Home Nasional 4,551 kes Covid-19 sembuh, 526 di ICU – Noor Hisham

4,551 kes Covid-19 sembuh, 526 di ICU – Noor Hisham

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,551 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini, mejadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,455,767 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 5,143 kes positif baharu hari ini, 13 daripadanya merupakan kes import.

Jelas beliau, daripada jumlah kes positif harian itu, sebanyak 126 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 5,017 lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes tempatan 5,130 kes [4,923 warganegara (96.0%), 207 bukan warganegara (4.0%)],” katanya menerusi kenyataan.

Dr. Noor Hisham memberitahu, sebanyak 526 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 250 kes (192 kes disahkan Covid-19, 58 kes disyaki, kemungkinan, dan
kes dalam siasatan),” tambahnya.

Sementara itu Noor Hisham berkata, tiga kluster dikenal pasti hari ini dan dalam masa yang sama 5,593 kluster telah tamat.

“Jumlah kluster aktif adalah 250,” katanya. – MalaysiaGazette