Home Nasional Covid-19: Kes kematian bertambah 45 lagi semalam

Covid-19: Kes kematian bertambah 45 lagi semalam

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bertambah kepada 29,676.

Daripada jumlah itu, 12 kes meninggal dunia di luar hospital.

Kementerian Kesihatan berkata, Kedah merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lapan kes, diikuti Pulau Pinang dan Selangor sebanyak tujuh kes.

Perak dan Sarawak masing-masing empat kes kematian manakala Terengganu, Kelantan dan Sabah masing-masing tiga kes.

Kuala Lumpur dan Melaka dua kes serta Johor dan Negeri Sembilan satu kes.

Tiada kematian baru dilaporkan di Putrajaya, Pahang, Perlis dan Labuan.

Menurut data kementerian itu, sebanyak 43 daripada 45 kematian berlaku dalam tujuh hari terakhir manakala bakinya berlaku lebih seminggu lalu.

Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, sebanyak 861 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan November. – MalaysiaGazette