Home PRN Melaka PRN Melaka: 11,557 mengundi awal esok- SPR

PRN Melaka: 11,557 mengundi awal esok- SPR

(Picture for representational purposes only). Election Commission (EC) making final preparations by carrying poll boxes for the P.132 Port Dickson by-election. at Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 12 OCTOBER 2018 Undi 18
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 11,557 orang pengundi akan menjalankan tanggungjawab demokrasi mengundi awal pada 16 November ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kesemua pengundi awal akan mengundi di 31 Pusat Mengundi Awal mulai 8 pagi.

“Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta  2,340 anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sepanjang proses undi awal berkenaan SPR akan memastikan pematuhan garis panduan pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuatkuasa.

Ia termasuk pematuhan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

Menurutnya, proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.

“Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook rasmi SPR.

“Sejurus selepas proses pengundian awal, kesemua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap-lokap balai polis.

“Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 20 November 2021, (pada hari mengundi) bermula jam 4 petang,” ujarnya.

Kata beliau, pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing.- MalaysiaGazette