Home Nasional Pemberian dos penggalak secara ‘walk-in’ bakal diputuskan – Khairy

Pemberian dos penggalak secara ‘walk-in’ bakal diputuskan – Khairy

fully vaccinated Omicron variant VOC reinfection rate Malaysia-Singapore Vaccinated Travel Lane VTL Covid-19 positive Antivaxxers dajjal Covid-19 vaccine Khairy Jamaluddin KJ
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memutuskan sama ada untuk membenarkan pengambilan suntikan dos penggalak secara jumpa terus atau ‘walk-in’, menerusi satu mesyuarat petang ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan 40 peratus individu yang telah diberi janji temu tidak hadir mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Petang ni saya akan pengerusikan mesyuarat CITF (Badan Bertindak Imunisasi COVID-19) dan kamiĀ akan buat keputusan untuk mereka yang nak terima booster (dos penggalak) ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Malaysia sebagai Destinasi Rawatan Hepatitis-C di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika ditanya perancangan dan dasar yang akan diambil kerajaan susulan kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir untuk menerima suntikan itu.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan berkenaan kemungkinan jumlah kemasukan pesakit ke hospital akan meningkat sekiranya bilangan mereka yang menerima dos penggalak itu kekal rendah.

Pemberian dos penggalak bermula pada 13 Okt lepas di seluruh negara untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin COVID-19 bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. – MalaysiaGazette