Home Nasional PRN Sarawak: Permohonan undi pos luar negara, anggota keselamatan, kesihatan dibuka hingga...

PRN Sarawak: Permohonan undi pos luar negara, anggota keselamatan, kesihatan dibuka hingga 24 Nov

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Permohonan undi pos secara dalam talian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 telah dibuka sejak 8 November 2021 sehingga 24 November 2021.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan undi pos tersebut adalah untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), dan kategori Borang 1C (9 agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) sahaja.

Manakala permohonan untuk undi pos kategori Borang 1A (petugas Pilihan Raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media) akan dimaklum kelak.

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut:
https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu
https://www.spr.gov.my/.

Pemohon dinasihatkan agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-88927080 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette