Home Nasional 7 hari berturut-turut tiada PKPD – MKN

7 hari berturut-turut tiada PKPD – MKN

Perkembangan-semasa-mengenai-PKP

KUALA LUMPUR – Tiada lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sepanjang tujuh hari berturut-turut.

Dalam masa yang sama,  kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, tiada PKPD dilanjutkan.

Beliau berkata, PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok, seperti yang dijadualkan.

Untuk rekod, lokaliti itu mula dilaksanakan PKPD sejak 22 Oktober yang lalu. -MalaysiaGazette

f8496aea2de5cbf0a9ead4e9aef3ef6d?s=150&d=mp&r=g
+ posts