Home Sukan Argentina sertai Brazil ke Piala Dunia 2022

Argentina sertai Brazil ke Piala Dunia 2022

Argentina mengikuti jejak Brazil layak ke  Piala Dunia Qatar tahun depan walaupun terikat 0-0 dengan seteru utamanya itu di San Juan.Foto Outlook India.

MONTEVIDEO – Argentina mengikuti jejak Brazil layak ke  Piala Dunia Qatar tahun depan walaupun terikat 0-0 dengan seteru utamanya itu di San Juan di sini awal pagi, lapor Marca.

Kejayaan itu dibantu kekalahan 3-0 Uruguay di tangan Bolivia dan Chile 0-2 kepada Ecuador yang memastikan Argentina yang belum ditewaskan dalam 27 perlawanan sebelum ini.

Ketika ini hanya dua lagi tiket automatik untuk direbut bagi kelayakan Zon Amerika Selatan yang kini hanya berbaki empat perlawanan.

Layak ke Piala Dunia itu turut membuktikan Argentina selepas memenangi Copa Amerika untuk kali ke-15 pada Julai lalu dengan kemenangan 1-0 ke atas Brazil di stadium ikonik Rio de Janeiro, Maracana.

Ia juga kali ke-13 berturut-turut buat Argentina layak ke Piala Dunia dengan hanya sekali gagal layak iaitu di Mexico pada 1970.