Home Politik Benarkah ‘abah’ sayang Melaka?

Benarkah ‘abah’ sayang Melaka?

Asyraf Wajdi Dusuki Act 342 harsher punishment
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Benarkah ‘abah’ sayang Melaka?,” soal Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Soalan itu dicetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO itu selepas beliau mendakwa Tan Sri Muhyiddin telah melakukan pengkhianatan besar kepada Melaja selepas membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Dakwanya, pembatalan projej itu merugikan rakyat Melaka yang tidak mendapat manfaat besar daripada projek mega tersebut.

Tegas Asyraf, pembatalan projek itu mengakibatkan Melaka sebagai negeri yang bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan terlepas peluang besar untuk dipacu ekonominya dengan lebih hebat apabila HSR dibatalkan.

”Pembatalan juga merencatkan perkembangan industri pelancongan Melaka terutamanya pelancong-pelancong daripada Singapura yang membawa bersama potensi kemasukan dana berbillion dollar Singapura.

”Ini tidak termasuk pulangan besar kepada ekonomi melaka yang bakal dibawa pelancong asing yang boleh transit ke Melaka untuk beberapa hari dalam perjalanan antara Singapura-Kuala Lumpur,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Hujah beliau lagi, dengan pelaksanaan HSR, integrasi ekonomi dua ibu kota ini akan menarik pelaburan asing bernilai tinggi dan bakal mewujudkan lebih 110,000 peluang pekerjaan yang boleh dinikmati bersama oleh rakyat Melaka.

Limpahan keuntungan daripada pembangunan Bandar Malaysia yang dianggarkan mencecah lebih RM200 billion juga terlepas daripada untuk dinikmati rakyat Melaka.

Malah, katanya, jangka panjang jaringan perhubungan yang terbina daripada HSR ini akan melimpahkan kekayaan dan kemakmuran kepada rakyat Melaka di samping menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Tempoh pembinaan HSR sendiri akan memberikan peluang pekerjaan di dalam sektor Rel Berteknologi Tinggi kepada anak-anak muda professional lebih-lebih anak Melaka kerana Ayer Keroh adalah antara stesen utama.

HSR juga akan membawa Pembangunan Berorentasikan Transit (TOD) kepada kawasan-kawasan sepanjangan jajaran HSR seperti pembukaan kawasan-kawasan perumahan, komersil dan industri yang baru, sekaligus boleh mencambah kekayaan rakyat di Melaka.

Namun semua fakta kemakmuran ini yang direncanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional egitu mudah dileburkan hanya kerana dendam politik Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang akhirnya memangsakan rakyat Melaka.

”Bukankah ini satu pengkhianatan terbesar buat rakyat Melaka?

”Lebih malang lagi apabila rakyat terpaksa menanggung pula kos sebanyak RM320 juta akibat pembatalan yang dibuat oleh ‘abah’ sebagaimana yang didedahkan oleh seorang Menteri Singapura pada bulan Januari 2021 di Parlimen Singapura.

”Justeru, wahai rakyat Melaka apakah pengkhianatan seperti ini bukti abah sayang Melaka sebagaimana yang terpampang di poster-poster dan billboard seluruh Melaka ketika ini.

”Atau sebenarnya lebih tepat abah sailang Melaka?,” soal beliau lagi. – MalaysiaGazette