Home Nasional Covid-19: Nilai RT kini 1.04 – Noor Hisham

Covid-19: Nilai RT kini 1.04 – Noor Hisham

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Nilai Kadar Kebolehjangkitan (RT) di negara ini adalah 1.04 semalam berbanding 1.05 hari sebelumnya, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Putrajaya dengan nilai RT 1.15 diikuti Negeri yang mencatat nilai RT 1.06, Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing dengan nilai RT1.05.

Kata beliau, Pahang dan Kelantan masing-masing merekodkan nilai RT 1.03, Kedah (1.01) dan Johor (1.00) serta Sabah (0.99).
“Perak pula mencatat nilai RT 0.97, Terengganu (0.96), Pulau Pinang (0.95), Melaka (0.94) dan Sarawak (0.85).
“Ini diikuti Perlis dan Labuan yang masing-masing mencatat nilai RT 0.00,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette