Home Nasional 98.29 peratus graduan Kolej Vokasional sambung pelajaran, jadi usahawan

98.29 peratus graduan Kolej Vokasional sambung pelajaran, jadi usahawan

SHAH ALAM – Sebanyak 98.29 peratus graduan Kolej Vokasional melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam dalam masa sama berjaya menjadi usahawan.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, hasil dapatan itu adalah daripada Kajian Pengesanan Siswazah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Kita (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan 70 peratus graduan memulakan pekerjaan sebagai pekerja mahir
dalam industri yang berkaitan, 20 peratus melanjutkan pelajaran mereka dalam pendidikan tinggi dan 10 peratus untuk menjadi usahawan muda,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KPM dan Top Glove Corporation Berhad di Setia Alam, di sini, hari ini.

Jelas beliau, kerajaan menumpukan perhatian terhadap sisitem pendidikan dalam negara untuk lima tahun akan datang, khususunya menaik taraf TVET.

Ujarnyanya, ini kerana KPM yakin dan percaya TVET akan dapat melahirkan ramai bakat berkemahiran yang sesuai dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Dengan lebih profesional terlatih secara teknikal, langkah Malaysia ke arah menjadi sebuah negara perindustrian sepenuhnya, maju, berpendapatan tinggi boleh dilihat,” tambah beliau.

Justeru beliau menyifatkan kerjasama yang dimeterai pada hari ini yang khusus untuk membuka pengambilan pelajar latihan TVET merupakan peluang baik untuk menambah kemahiran pelajar dalam masa yang sama bersedia mendalami bidang pekerjaan.

Top Glove, kata Hang Soon, akan dapat menambah tenaga pekerja yang berpotensi untuk diserap menjadi kaki tangan sekiranya layak.

“Kita menggalakkan kerjasama yang sama daripada pihak swasta dan kerajaan khususnya KPM. Ini adalah salah satu cara kita pastikan situasi menang-menang di mana kedua-dua pihak dapat manfaat daripada kerjasama ini.

“Top Glove akan dapat tambah tenaga pekerja yang berkemahiran dan dilatih di sini lagi mudah dijadikan pekerja dan KPM khusus mengalu-alukan kerjasama seperti ini kerana menyediakan satu platform kepada pelajar TVET untuk memperolehi kemahiran dengan peralatan, persekitaran pekerjaan yang sesuai yang dipelajari,” tambah beliau.

Terdahulu MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET), Zanariah Ahmad dan Pengurus Besar Kumpulan Sumber Manusia Top Glove, Loke Kean Mun.

Sebagai permulaan, syarikat berkenaan dijangjka menerima 900 pelatih TVET.-MalaysiaGazette