Home Nasional 6,355 kes Covid-19 hari ini, melepasi 6,000 tiga hari berturut-turut – KKM

6,355 kes Covid-19 hari ini, melepasi 6,000 tiga hari berturut-turut – KKM

Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Setakat jam 12 tengahari tadi Kementerian Kesihatan (KKM)  merekodkan sebanyak 5,031 kes sembuh Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 2,477,314.

Perkembangan status terkini penularan Covid-19 di dalam negara menyaksikan kes positif harian terus berlegar pada paras 6,000 kes sehari untuk hari ketiga berturut-turut iaitu 6,355 kes berbanding semalam 6,380.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 6,355 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 115 kes adalah kategori 3,4 dan 5 manakala selebihnya iaitu 6,240 adalah kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 31 kes import dikesan dalam negara iaitu 20 daripadanya adalah warganegara dan 11 bukan warganegara.

“Manakala 6,324 kes adalah tempatan iaitu 6,112 daripadanya adalah warganegara atau 96.6 peratus dan 212 lagi adalah bukan warganegara atau 3.4 peratus,” kata beliau menerusi kenyataan media.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Noor Hisham menambah, sebanyak 542 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu (436 kes disahkan Covid-19), 106 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Katanya, sebanyak 268 kes (173 kes disahkan Covid-19, 95 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menyentuh mengenai jumlah kluster harian, setakat 24 jam angka kluster kembali mencatatkan dua digit iaitu 10 kluster pada hari ini.

“Daripada 5,877 kluster yang dikesan setakat ini di dalam negara, sebanyak 5,631 kluster telah ditamatkan manakala 246 kluster lagi dilaporkan masih aktif. -MalaysiaGazette

+ posts