Home Ekonomi MPGN belum membuat ketetapan berhubung gaji minimum

MPGN belum membuat ketetapan berhubung gaji minimum

M. Saravanan.

 

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang berlangsung semalam masih belum membuat sebarang keputusan berhubung hasil dapatan dan syor Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah cadangan daripada majikan yang mencadangkan agar kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan.

Manakala pihak pekerja pula mengesyorkan supaya kadar gaji minimum yang dilaksanakan ketika ini dapat dinaikkan.

”Namun demikian, Majlis belum membuat sebarang keputusan pada mesyuarat tersebut.

”Perbincangan serta perincian lanjut akan bersambung dalam mesyuarat MPGN akan datang yang dijangka diadakan pada 9 Disember 2021 sebelum dikemukakan untuk pertimbangan serta persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette