KUALA LUMPUR – Orang politik hari ini tidak belajar politik Melayu yang mana politiknya adalah politik insani.
Politik Melayu adalah politik berbudi. Malah, politik Melayu juga adalah politik simpati.
Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berkata, tindakan menyerang keterlaluan peribadi seorang individu adalah tindakan menempah mati.
Buktinya, beliau berkata, ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ada seorang selebriti tukang masak mahu menampar muka Najib.
Manakala ketika PRK Semenyih dahulu, ada perdana menteri yang berjanji akan pastikan baju oren SPRM dipakaikan kepada Najib.
Ketika PRK Rantau pula, perdana menteri dan bakal perdana menteri (masih lagi bakal) mengatakan seburuk-buruk perdana menteri adalah Najib dan semasa PRK Tanjung Piai dahulu, yang dihina adalah isu mata bengkak Najib.
Ketika PRK Kimanis dahulu, keluarnya akuan bersumpah pembunuhan Altantuya melibatkan Najib.
Tambahnya, tak cukup dengan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula mendedahkan audio perbualan telefon yang dikatakan bukti korupsi Najib.
”Tapi tuan-tuan, di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Kimanis dan Tanjung Piai itu parti mana yang akhirnya menang?,” soalnya. – MalaysiaGazette
Menang bnyk kali pun x de makna buat rakyat marhaen.Kehidupan tetap sama.Gaji naik x bnyk mana,kos hidup x pernah turun,barang keperluan x pernah turun,rumah mampu milik sekadar mampu tengok..itu kejayaan yg terbilang UMNO ka?