Home Seni Hidup SOP ketat, Haqiem mohon maaf

SOP ketat, Haqiem mohon maaf

Foto Instagram Haqiem Rusli.

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli memohon maaf buat mana-mana kenalan yang tidak menerima jemputan perkahwinannya dengan Anis Sofea, pada hari ini.

Menurut Haqiem, 24, dia terpaksa menghadkan jumlah jemputan yang hadir atas faktor prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Tergantung Sepi itu memaklumkan perkara berkenaan di Instastory miliknya.

“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang tidak dapat dijemput untuk majlis esok.

“Ia atas sebab jemputan kami sangat terhad dan SOP yang ketat.

“Oleh kerana itu, tidak dapat menjemput semua dan kami lebihkan keluarga serta saudara mara,” kongsinya di Instagram.

Sebelum ini, penyanyi tersebut mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan bakal bernikah pada hari ini, ketika siaran langsung Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34).

Difahamkan, gadis yang berjaya memikat hatinya itu baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan. – MalaysiaGazette