Home Nasional 304 pelajar di Pulau Pinang bergelar anak yatim akibat Covid-19

304 pelajar di Pulau Pinang bergelar anak yatim akibat Covid-19

Dr. Norlela Ariffin

GEORGE TOWN – Seramai 304 pelajar di Pulau Pinang kini bergelar anak yatim susulan kehilangan ibu atau bapa akibat Covid-19.

Exco Agro-tech dan Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, data itu dikumpulkan pihaknya sejak sebulan lalu.

“Daripada jumlah itu, 230 pelajar Islam manakala 74 lagi bukan Islam.

“Rata-rata mereka ini terdiri daripada pelajar pra sekolah hingga pelajar Tingkatan 6,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut Norlela berkata, data itu diperoleh susulan Lions Club Bayan Baru yang mahu memberikan sumbangan daripada dana yang dikumpulkan mereka.

Untuk rekod secara keseluruhan sehingga semalam, Pulau Pinang mencatatkan 1,641 jumlah kematian akibat Covid-19. – MalaysiaGazette