Home Nasional Amaran cuaca waspada di Kelantan, Terengganu bermula esok

Amaran cuaca waspada di Kelantan, Terengganu bermula esok

Gambar Hiasan. Foto MOHD ADZLAN, 18 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula esok sehingga Isnin.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan meliputi sembilan kawasan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu pula membabitkan tujuh kawasan iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. – MalaysiaGazette