Home Nasional Beratur panjang 200 meter tidak halang tanggungjawab mengundi

Beratur panjang 200 meter tidak halang tanggungjawab mengundi

TANJUNG BIDARA – Para pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara terpaksa beratur hampir 200 meter dari pintu utama sekolah tersebut susulan kebanjiran pengundi yang mahu membuang undi awal pagi ini.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati, orang ramai yang ingin membuang undi perlu beratur panjang di bahu Jalan Persiaran Pantai sejak jam 10.30 pagi tadi.

Meskipun tiada lagi calon yang bertanding di kerusi N02 Tanjung Bidara melawat PDM terbabit, kesesakan trafik dapat dilihat susulan pertambahan jumlah kenderaan dipercayai bagi membuang undi di situ.

Prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di pusat mengundi itu, seperti menghadkan jumlah pengundi di dalam kawasan sekolah dalam satu-satu masa dipercayai antara faktor penyumbang kepada kesesakan itu.

Orang ramai beratur panjang 200 meter dari pintu masuk SK Tg Bidara untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

PRN Melaka menyaksikan 112 calon bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SOP ketat terpaksa dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dan setakat ini pengundian berjalan lancar.  – MalaysiaGazette