Home PRN Melaka Dr Akmal Barisan Nasional menang di Merlimau

Dr Akmal Barisan Nasional menang di Merlimau

Calon Barisan Nasional N.27 Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kafe Markisa, Jasin, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di kerusi Merlimau, mendapati Barisan Nasional (BN) mendahului parti-parti yang lain.

Calon BN, Dr Muhammad Akmal Muhammad Salleh ketika ini mendapat undian sebanyak 4,827 diikuti calon Pakatan Harapan Azrin Ab Majid 2,180 dan Abd Alim Shapie daripada Perikatan Nasional memperoleh 1,327.

Keputusan rasmi kesemua 28 kerusi hanya akan diperoleh seawal jam 9 malam. – MalaysiaGazette