AYER KEROH – Calon Pakatan Harapan, Law Bing Haw tampil membuat laporan polis selepas dimaklumkan Ahli Pimpinan Tertinggi parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Zuraida Kamaruddin masih berkempen pada hari pengundian.
Bing Haw membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.
“Saya buat laporan terhadap Menteri Zuraida bersama calon Perikatan Nasional (PN) Tai Siong Jiul yang masih meraih undi pada hari ini.
“Saya terima aduan daripada orang awam yang berada di kopitiam dan kedai-kedai makan di kawasan Machap Baru dengan bukti video rakaman perbuatan mereka,” katanya dalam seidang media selepas laporan dibuat.
Jelasnya, perbuatan Zuraida dan Siong Jiul telah melanggar Akta Pilihan Raya yang tidak membenarkan mana-mana kempen diadakan pada hari mengundi.
N08 Machap Jaya ditandingi lima penjuru iaitu Ngwe Hee Sem(BN), Law Bing Haw(PH), Abdul Aziz Osani Kasim(IMAN), Azlan Daud(Bebas) dan Tai Siong Jiul(PN).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu Machap Jaya dimenangi Datuk Ginie Lim Siew Lin daripada PH dengan majoriti 1,336. -MalaysiaGazette