Home PRN Melaka Kemenangan BN pengiktirafan rakyat mahukan kestabilan politik – Zahid

Kemenangan BN pengiktirafan rakyat mahukan kestabilan politik – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diiringi timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan (dua kiri) dan calon BN N.04 Lendu yang merupakan calon ketua menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua kanan) mengumumkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Command Centre Barisan Nasional , Ayer Keroh, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Kemenangan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Melaka adalah tanda pengiktirafan rakyat yang mahukan kestabilan politik di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan BN dalam PRN Melaka membawa erti yang sangat besar sekaligus memperlihatkan perubahan sikap rakyat khususnya pengundi di Melaka.

“Alhamdulillah para pengundi dan rakyat Melaka telah beri mandat semula kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri.

“..ini akan dibalas oleh BN dengan memberi perkhidmatan yang baik seperti yang terkandung di dalam manifesto BN.

“Dengan kemenangan ini BN juga akan juga akan mengiktiraf permintaan rakyat yang mahukan kestabilan politik di Melaka diterjemahkan di seluruh negara,” katanya. –

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette