Home Sukan Kevin De Bruyne positif Covid-19

Kevin De Bruyne positif Covid-19

De Bruyne.Foto kredit: Getty Images

LONDON – Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne disahkan positif Covid-19 dan beliau dijangka tidak beraksi dalam tiga perlawanan akan datang.

Pemain tengah itu menjalani ujian saringan pada Rabu lalu selepas kembali daripada beraksi untuk Belgium pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang seri 1-1 dengan Wales.

Pemain itu kini menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari.

Ini bermakna Pep Guardiola akan terlepas khidmat De Bruyne pada pertembungan dengan Everton di Manchester.

Dia juga tidak akan beraksi menentang Paris Saint Germain dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

De Bruyne yang sudah mengambil dua dos vaksin Covid-19 danĀ  dijangka terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham pada 28 November ini.

“Dua hari lepas, dia (de Bruyne) memaklumkan bahawa dia disahkan positif Covid-19 menerusi ujian calitan sejurus kembali dari tugas antarabangsa.

“Bagi saya nyawa lebih penting dan oleh kerana dia sudah menerima vaksin, berharap simptomnya tidak teruk seperti dirisaukan dan yakin dia akan sembuh segera,” kata Guardiola. – Daily Mail.com