Home Nasional Majoriti pesakit kategori 4 dan 5 penerima vaksin Sinovac

Majoriti pesakit kategori 4 dan 5 penerima vaksin Sinovac

Petugas menggunakan vaksin jenis Sinovac untuk diberikan kepada warga emas di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021. Sinovac booster dose shot Pharmaniaga
Seramai 15,832,244 individu dewasa atau 67.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majoriti pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh adalah dalam penerima vaksin Sinovac.

Data itu dari minggu epidemiologi ke-35 hingga 45.

Disebabkan faktor tersebut, penerima vaksin Sinovac diminta untuk mengambil dos penggalak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

”Mengapakah selang masa bagi dos penggalak yang lebih pendek untuk Sinovac (3 bulan) berbanding Pfizer/AZ (6 bulan)?

”Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih cepat,” katanya menerusi Twitter.

Dalam ciapan berasingan, Khairy menambah, kebanyakan kes baharu Covid-19 dijangkiti daripada kenalan rapat (keluarga & rakan).

”Itulah sebabnya mengamalkan #TRIIS adalah penting, terutamanya makluman keluarga & rakan anda jika anda telah diuji positif supaya mereka boleh melakukan ujian kendiri dengan cepat,” ujar beliau.

TRISS bermaksud iaitu test (ujian), report (lapor), isolate (kuarantin atau pengasingan kendiri), inform (memaklumkan) dan seek (mendapatkan rawatan segera). – MalaysiaGazette