Home Nasional Paras Kolam Air Sime UEP sedang ditingkatkan

Paras Kolam Air Sime UEP sedang ditingkatkan

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 12 tengah hari tadi, kerja-kerja untuk meningkatkan paras air di Kolam Air Sime UEP masih lagi giat dijalankan.

Pengurusan Air Selangor berkata, bekalan air akan mula dibekalkan kepada semua para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah paras kolam air agihan tersebut distabilkan.

Gangguan itu berlaku selepas berlaku penurunan paras kolam air di Kolam Air Sime UEP, USJ berikutan masalah teknikal pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP di Kg. Kenangan Puchong.

Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini. – MalaysiaGazette