Home Utama Pendedahan SPRM: Mustahil Zeti, Dr Mahathir tak tahu

Pendedahan SPRM: Mustahil Zeti, Dr Mahathir tak tahu

Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Zeti Akhtar Aziz, suaminya, Datuk Tawfiq Ayman dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu disiasat susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegas Datuk Mohd Puad Zakarshi, mustahil Zeti dan Dr Mahathir tidak tahu mengenai wang berjumlah RM65 juta disimpan dalam akaun syarikat milik Tawfik, yang juga merupakan suami kepada Zeti.

Oleh itu, beliau mahu kes ini dibongkar secara total kerana percaya wujud konspirasi di peringkat tertinggi.

”Tawfik Ayman adalah suami Zeti yang kononnya adalah Gabenor Bank Negara paling tersohor. Mustahil dia dan Tun M tidak tahu.

”Kenapa diam. Kenapa disembunyikan fakta ini.Tetapi yang mereka ratib dan siasat sampai kelubang cacing ialah Najib, Najib, Najib.

”Singapura juga mendedahkan surat akuan berkanun (SD) Tawfiq dan anaknya yang mengaku menerima dana daripada Jho Low,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Dalam kenyataan semalam, SPRM berkata, pada 12 November 2021, Commercial Affairs Department (CAD) Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil kepada Kerajaan Malaysia menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$ 864,813.27.

Sebelum ini, Kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Sehingga kini, SPRM dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa telah berjaya memulangkan sejumlah RM20,530,433,626.97 kepada kerajaan Malaysia. – MalaysiaGazette