MELAKA – Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berjaya mempertahankan kerusi Lendu dengan peningkatan majoriti, menurut keputusan tidak rasmi.
Menurut Command Centre Barisan Nasional, Sulaiman memenangi 3,104 kerusi berbanding pencabar terdekatnya – Mejar (B) Abdullah Mahadi dari Perikatan Nasional.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Sulaiman menang dengan majoriti tipis 627 undi. – MalaysiaGazette