Home Ekonomi Pelan Induk Pelaburan Johor 2030 bakal pacu agenda pelaburan

Pelan Induk Pelaburan Johor 2030 bakal pacu agenda pelaburan

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad.

ISKANDAR PUTERI –  Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2030 (PIPNJ 2030)  bakal memacu agenda pelaburan negeri itu pada masa depan dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, pelan itu merupa dalam memacu agenda pelaburan Johor untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Ianya amat penting terutama ketika selepas pasca COVID-19 akan datang. Pelan ini dijangka akan siap pada hujung tahun ini,” kata beliau pada hari kedua Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Tan Chen Choon (PH) dan ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah  mengenai inisiatif dan usaha kerajaan dalam membantu pelabur yang terkesan susulan pandemik.

Pada Khamis lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, PIPNJ 2030 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat, akan menjadi asas kepada usaha untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara.

Terdahulu, Mohd Izhar berkata, kerajaan negeri telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengekalkan pelaburan yang sedia ada.

Ia diyakini bagi membantu  pelabur yang terkesan bagi memastikan Johor  dikenali sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan mesra pelabur.

Antara inistiaf yang telah dilaksanakan adalah dengan mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai persatuan perniagaan.

“Ini untuk mendapatkan maklumbalas dan menunjukkan kerajaan prihatin dengan segala pemasalahan yang dihadapi oleh pihak industri ketika pandemik Covid-19 sekarang.

“Mengikut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Johor telah mencatatkan nilai keseluruhan pelaburan
RM6.56 bilion dalam enam bulan pertama 2021, yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama,” katanya.

Jumlah pelaburan tersebut dijangka boleh menyediakan sebanyak 7,860 peluang pekerjaan, kata Mohd Izhar.- MalaysiaGazette