Home Ekonomi Harga minyak susut paras terendah tujuh minggu

Harga minyak susut paras terendah tujuh minggu

Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak mentah jatuh ke paras terendah tujuh minggu pada hari Isnin, melanjutkan penurunan selepas kejatuhan sesi sebelumnya.

Kejatuhan itu dipacu oleh kebimbangan lebihan bekalan selepas Jepun sedang menimbang pelepasan rizab minyak dan lebihan permintaan daripada situasi Covid-19 yang semakin teruk di Eropah.

Brent turun AS$0.57 atau 0.72% kepada AS$78.32 setong pada 0206 GMT dan niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS susut AS$0.39 atau 0.51% kepada AS$75.55 setong.

Harga WTI dan Brent mencecah paras terendah sejak 1 Oktober pada awal sesi.

Kedua-dua penanda aras ini merosot sekitar 3% pada hari Jumaat. – Reuters