KUALA LUMPUR – Airasia Super App hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran barang, airasia xpress, yang menawarkan pada harga berpatutan kepada pelanggan.
Sebagai permulaan, perkhidmatan airasia xpress akan meliputi kawasan Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu.
Menurut satu kenyataan, pengguna Airasia Super App kini boleh memilih antara perkhidmatan penghantaran segera di bawah satu jam dan penghantaran pada hari yang sama (dalam masa antara 4 hingga 6 jam) yang menggunakan motosikal dan kereta.
“Di bawah airasia xpress, perkhidmatan penghantaran dipermudahkan dengan hanya 4 langkah iaitu Klik ikon “Xpress” pada airasia Super App, isikan butiran tempat pengambilan dan tempat penghantaran, pilih kaedah pembayaran dan sahkan tempahan anda,” kata kenyataan itu.
Majlis pelancaran Airasia xpress disempurnakan Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo.
Hadir pada majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak dan Lim Ben-Jie, Ketua Penghantaran (e-Dagang) Airasia Super App, Lim Ben-Jie..
Perkhidmatan Airasia xpress dikuasakan oleh Teleport iaitu salah satu cabang logistik airasia.
Amanda Woo berkata, pihaknya akan terus berinovasi untuk menawarkan kemudahan, nilai dan peluang untuk pengguna aplikasi tersebut.
“Sebagai sebuah aplikasi penggunaan harian, airasia Super App menjadikan kehidupan para pengguna lebih mudah melalui pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dan memastikan semua transaksi dalam talian terjamin dan selamat,” ujarnya.
Sementara itu, Lim Ben-Jie berkata, beliau percaya percaya ramai orang memerlukan perkhidmatan penghantaran yang cekap pada harga berpatutan yang mana ia merupakan kekuatan AirAsia.
Sempena pelancaran ini, pengguna airasia xpress ditawarkan diskaun pengenalan istimewa selama 72 jam untuk penghantaran segera secara percuma yang dihadkan pada RM10 bermula 23 hingga 25 November 2021. – MalaysiaGazette