KUALA LUMPUR – Sebanyak 63 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 24 kelmarin.
Pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 30,063.
Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID), menjadikan kes kematian ini bertambah kepada 6,077.
Data laman sesawang COVIDNOW berkata, Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 14 kes, diikuti Johor (11) dan Sabah (sembilan).
Perak dan Terengganu masing-masing merekodkan tujuh kes, Kedah, Kuala Lumpur masing-masing empat kes, Kelantan dan Sarawak dua serta Melaka, Negeri Sembilan, Pahang masing-masing satu.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Semalam, negara merekodkan 4,885 kes Covid-19, sekali gus menyaksikan kes keseluruhan sebanyak 2,591,486. – MalaysiaGazette