Home Dunia Pemandu rempuh perarakan bakal didakwa membunuh dengan sengaja

Pemandu rempuh perarakan bakal didakwa membunuh dengan sengaja

Darrell Brooks,

WISCONSIN – Pemandu SUV merah yang merempuh perarakan orang ramai menjelang sambutan Hari Krismas di sini semalam bakal berdepan lima pertuduhan membunuh dengan sengaja.

Polis berkata, Darrell Edward Brooks Jr, 39, dituduh menyebabkan kematian lima individu berumur antara 52 dan 81 dan mencederakan 48 yang lain, termasuk kanak-kanak kecil di Waukesha.

Brooks dikatakan melarikan diri daripada gangguan rumah tangga sebelum merempuh perarakan tersebut.

Darrell menambah, pemandu itu juga boleh menghadapi pertuduhan lanjut berdasarkan siasatan polis.

Namun, polis mengesahkan kejadian itu bukan satu tindakan keganasan.

Berpuluh-puluh pesakit masih menerima rawatan di beberapa hospital termasuk 18 belas kanak-kanak dirawat di Hospital Kanak-Kanak Wisconsin.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Polis Wisconsin, Dan Thompson berkata, seorang lelaki yang bersendirian memandu SUV merah dengan sengaja memandu laju dan merempuh penghadang dan ke sekumpulan orang yang sedang meraikan perarakan Krismas.

Tambahnya, seorang anggota polis telah melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu tetapi terpaksa berhenti kerana ramai orang di atas jalan.

Polis berkata, mereka bertindak balas terhadap terhadap Brooks apabila dia melarikan diri dari tempat kejadian.

Laporan media sebelum ini mencadangkan dia melarikan diri daripada pergaduhan melibatkan penggunaan pisau tetapi polis tidak mengesahkan butiran itu.

Akhbar Milwaukee Journal Sentinel melaporkan Brooks kini menghadapi sekurang-kurangnya lima pertuduhan jenayah lain – termasuk penderaan rumah tangga tetapi telah dibebaskan dari penjara dengan bon hanya dua hari sebelum kejadian tersebut itu.

Brooks berasal dari bandar Milwaukee, kira-kira 24 km (15 batu) timur Waukesha. – BBC