KUANTAN – Kerajaan Pahang melalui Tourism Pahang berkolaborasi bersama pelukis tempatan, Ahmad Nazrin @ Khairun Annuar Mohamed Noor melancarkan pameran solo 8 sebagai Siri Puisi Rentas bagi menggambarkan suasana Covid-19.
Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata, galeri seni mempamerkan karya seni tersebut juga mendapat kerjasama Pejabat MARA Kuantan dan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota.
Ia sekali gus menjadi tarikan destinasi pelacongan, katanya.
Jelas Kamaruddin, pihak kerajaan negeri dan Tourism Pahang sentiasa memberikan sokongan membantu para pelukis Pahang mempamerkan karya seni anak tempatan.
“Pameran seni solo merupakan platform bagi pengkarya menyampaikan hasil seni dalam pelbagai mesej supaya dapat dipasarkan di peringkat domestik atau global.
“Pahang mempunyai ramai pengkarya dan seni penglukis sama ada bergerak dalam kumpulan Rajawali atau Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Melayu Negeri Pahang (SENIKA) dan ada di antara penggiat senia membawa nama Pahang sebagai duta kecil,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.
Tambah Kamaruddin Tourism Pahang memberi ruang kepada para pelukis Pahang yang boleh menjadi pemangkin kepada aktiviti seni dan secara tidak langsung membawa nama Pahang dalam peta pelancongan global.
“Pameran berlangsung selama satu bulan setengah bermula 15 Novermber lalu di Arked MARA di sini mendapat sepenuh sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
“Karya seni diangkat menggambarkan penghayatan tentang cara hidup masyarakat daripada pelbagai aspek yang mengamalkan norma baharu menjadi inspirasi pelukis,” katanya.
Sri Puisi Rentas, tema pameran solo kelapan dipilih oleh pelukis bertepatan dengan senario pandemik yang berlaku di seluruh negara dan dunia ketika ini telah dipilih menggantikan tema Pandemik Cinta pada 202 dan Mencari DIA pada 2019.
Dalam pada itu Tourism Pahang sedang mengusahakan dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan bangunan milik kerajaan negeri untuk kegunaan SENIKA bagi melakukan aktiviti seni. – MalaysiaGazette