Home Pendapat Teruskan bekerja keras, demi kembalikan kepercayaan rakyat pada Barisan Nasional

Teruskan bekerja keras, demi kembalikan kepercayaan rakyat pada Barisan Nasional

Seorang jentera, Liuo Chen Huat, 50, melakukan kerja-kerja untuk pemasangan bendera parti Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bilik Gerakan Barisan Nasional Pulau Gadong, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.
Saudara pengarang
PRU yang lepas, rakyat tidak membuang BN, tetapi cuma hendak sedarkan kekhilafan segelintir pimpinan BN.
Terima kasih rakyat Melaka yang keluar mengundi, terima kasih Melaka berikan kepercayaan buat parti ini terajui negeri bertuah Melaka.
Kamu mahu kuasa, Melaka beri kamu kuasa, kamu mahu mandat Melaka beri kamu mandat. Jangan khianati mereka seperti PH pernah khianati mereka dahulu.
Buat Yang Berhormat sekalian di Melaka dari BN, balas lah kembali budi dan kepercayaan rakyat Melaka, jangan khianati mereka, bekerja la sebaik mungkin, untuk rakyat Melaka, untuk bumi Melaka.
Yang dijanji harus ditepati, pencapaian pentadbiran BN Melaka akan menjadi salah satu kayu ukur pentadbiran kerajaan BN menghadapi PRU akan datang, jika tidak rakyat akan menghukum kembali.
Kestabilan demi Kemakmuran, buat sehabis baik, laksanakan tadbir urus terbaik di sana, Melaka milik rakyat yang rindukan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
BN masih relevan di bumi Malaysia. Kerana rakyat tahu, parti ini ada “track record” yang baik dalam menguruskan soal rakyat dan negara.
Hanya ada satu biru di Malaysia, Biru BARISAN NASIONAL.
Rakyat harus mula untuk tolak pengkhianat, tolak katak politik, dan tolak parti “refurbished”.
Tahniah BN, terima kasih buat jentera BN dari seluruh negara, kepada kawan kawan dari Larut dan Umnosiswa, maaf tidak dapat bersama secara fizikal kalini.
Perkukuhkan lagi kepercayaan rakyat pada BN, berjuang dan membela rakyat!
Hidup rakyat, Hidup rakyat, Hidup rakyat!
Muhammad Zafir