Home Nasional 5,082 kes sembuh hari ini, lebih 174 kes berbanding semalam

5,082 kes sembuh hari ini, lebih 174 kes berbanding semalam

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,082 kes jangkitan Covid-19 yang telah sembuh pada hari ini, meningkat 174 berbanding semalam.

Ini menjadikan keseluruhan kes sembuh dalam negara berjumlah 2,503,427, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu katanya, sebanyak 5,755 kes positif baharu hari ini, yang mana 98.2 peratus atau 5,654 daripadanya merupakan kategori 1 dan 2.

“101 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5,” katanya menerusi kenyataan.

Sebanyak 506 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 270 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu menurut Dr Noor Hisham, lapan kluster baharu dikenalpasti hari ini.

“Jumlah kluster aktif adalah 234, yang telah tamat sebanyak 5,672 kluster,” tambah beliau.

Kata beliau lagi, kadar kebolehjangkitan dalam negara secara keseluruhan pula masih kekal pada 1.0. -MalaysiaGazette