DAMANSARA – Sekolah agama Islam antarabangsa terkemuka, Al-Hamra Integrated School (Al-Hamra) menyasarkan jumlah pelajar yang berdaftar dengannya naik berganda pada tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hamra, Ibrahim Adham Asmail berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan melihat situasi semasa dalam sektor pendidikan yang lebih baik berikutan pembukaan institusi-institusi pendidikan.
Jelas beliau, ketika ini, Al-Hamra mempunyai seramai 145 pelajar daripada peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah.
“Lokasi Al-Hamra yang terletak di Kota Damansara merupakan salah satu daya penarik memandangkan ia merupakan hab strategik yang menghubungkan pelbagai lokasi utama di sekitar Lembah Klang termasuklah Bangsar, Damansara Heights, Mont Kiara, Hartamas, TTDI dan sebagainya.
“Dilengkapi dengan fasiliti dan kurikulum bertaraf antarabangsa, Al-Hamra yakin mampu untuk menarik minat lebih ramai ibu bapa dan penjaga yang sedang mencari sekolah Islam antarabangsa yang bersesuaian.
“Al-Hamra juga menawarkan yuran pengajian yang kompetitif berbanding institusi pendidikan bertaraf antarbangsa yang lain, dengan kadar diantara RM900 hingga RM1900 sebulan mengikut peringkat pendidikan,” katanya.
Ibrahim Adham menambah, kelebihan lain Al-Hamra juga apabila menawarkan program kokurikulum yang menyediakan pendekatan seimbang apabila berorientasikan sunnah bagi mewujudkan platform yang menyeronokkan dan menarik bagi pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing berdasarkan pilihan mereka.
Ujar beliau, struktur kokurikulum di Al-Hamra telah menggabungkan sukan dan seni mempertahankan diri yang dikembangkan agar selaras dengan kurikulum STEAM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.
“Pendekatan ini meningkatkan prestasi pelajar kami dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang mencukupi ketika mereka bergabung ke dunia yang lebih besar dan mencabar.
“Pada masa yang sama, kami mendorong aktiviti interaktif yang menangani kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, kepemimpinan dan persaingan yang sihat.
“Dengan banyak pilihan aktiviti ekstrakurikulum, kami percaya persekitaran yang sihat dan proaktif akan membantu melahirkan pelajar yang lengkap,” ujarnya.
Ibrahim menambah, salah satu cara terbaik untuk memupuk minta pelajar adalah dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan dilengkapi dengan alat yang tepat.
“Al-Hamra menyediakan ruang yang selesa dan inovatif,di mana pengalaman belajar sangat menyeronokkan bagi pelajar.
“Kami menyediakan bilik darjah yang selesa, kafeteria luas, perpustakaan, makmal teknologi dan sains, prasekolah dan kawasan permainan dan sudah pasti surau yang mendamaikan,” katanya.
Sementara itu, mereka yang berminat mengetahu lebih lanjut boleh menghubungi Al-Hamra di talian 03-26308010 dan terletak di Encorp Strand Garden Office Blok A , A-GF-2, No 12 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, Petaling Jaya. – MalaysiaGazette