Home MGNews MGNews : Seks Luar Tabii Hingga Kambing Mati, Penganggur Mengaku Tak Bersalah

MGNews : Seks Luar Tabii Hingga Kambing Mati, Penganggur Mengaku Tak Bersalah

Seorang pengganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dengan seekor kambing betina di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Julai lalu.

Tertuduh, Shaari Hasan, 60 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Mardihah Mohamed Redza.

Tertuduh disyaki melakukan kesalahan itu hingga menyebabkan haiwan berkenaan mati, dalam satu kejadian pada jam 1.30 tengahari, 27 Julai lalu.