KUALA LUMPUR – Pas menolak Muafakat Nasional (MN) yang terbelenggu dengan hanya melibatkan UMNO dan partinya sahaja.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar iaitu Perikatan Nasional (PN).
“Gagasan yang ada perlu diubah bentuk dan ikatannya, kerana berlakunya perubahan situasi dan realiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Oleh itu, kata Abdul Hadi, penubuhan MN yang tidak lengkap perlu dilengkapkan dengan penubuhan PN.
“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh.
“Pas boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja. Bahkan, Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam,” katanya.
Pas, menurutnya, hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.
“Pas hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN,” katanya.- MalaysiaGazette
Dah kena suap jawatan duta bertaraf menteri
duta bertaraf menteri lebih baik dari ketua pembangkang bertaraf MENTERI yang awalnya menolak bulat2 kononya rasuah politik dan talian hayat tsmy…..sanggup jilat ludah muntah sendiri anwarfikun
Kah kah…PRN Melaka cukup jelas…PAS menumpang PPBM…dan jgn lupa lebai ni pernah kata…org yg lompat parti buka katak tapi monyet…skrg ni monyet ni yg lebai peluk…munafik…jgn lupa Abu Lahab pun pakai jubah dah serban ok…