Home Utama Adakan PRU dalam masa terdekat tindakan tidak bertanggungjawab – KJ

Adakan PRU dalam masa terdekat tindakan tidak bertanggungjawab – KJ

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media mengenai mengenai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 26 NOVEMBER 2021.

PUTRAJAYA – Langkah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam waktu terdekat ini merupakan tindakan tidak bertanggungjawab kerana situasi semasa tidak mengizinkan.

Lebih-lebih lagi kemunculan varian baharu B.1.1.529, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Saya telah bincang perkara ini dengan pakar-pakar dan pandangan KKM adalah PRU sebenarnya boleh dielakkan.

“Macam PRN (Pilihan Raya Negeri) Sarawak tak boleh dielakkan sebab dah tamat tempoh, PRN Melaka tak boleh dielakkan sebab dibubarkan Dewan Undangan Negeri.

”Bagaimanapun PRU tidak perlu dipanggil lagi dan KKM berpandangan tidak sesuai diadakan PRU pada waktu ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Khairy berkata demikian menjawab pertanyaan wartawan berhubung cadangan beberapa pemimpin politik yang mahu PRU diadakan segera susulan keputusan yang dicapai pada PRN Melaka, minggu lalu.

Menurut Khairy lagi, dua lagi perkara penting yang perlu diambil kira untuk mengelak PRU diadakan adalah keadaan kes yang masih lagi membimbangkan serta kemasukan ke hospital yang semakin meningkat.

“Saya rasa kalau diadakan PRU pada ketika ini sangat-sangat tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Katanya, perkara itu perlu dilaksanakan dengan mengambil contoh negara luar yang melakukan pilihan raya dalam situasi pandemik wabak masih wujud. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ko masa PRN Melaka semua pemimpin UMNo siang malam bertungkus lumus berkempen, ko dgn si Hishamudin sedap jaa tak pedulikan parti yer..padahal ko jd menteri pun atas sebab parti…musibat betul

Comments are closed.