Home Nasional Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap divaksin

Lebih 2.6 juta populasi remaja negara lengkap divaksin

Seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,766,649 individu atau 87.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,455,762 individu atau 95.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22,957,009 atau 98 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489.- BERNAMA