Home Seni Hidup Caj parkir tengok final Piala Malaysia RM20?

Caj parkir tengok final Piala Malaysia RM20?

Caj parkir yang dipercayai dikenakan di KLSC, Bukit Jalil dianggap tidak munasabah oleh netizen. Kredit foto - Pengguna laman sosial

KUALA LUMPUR – Beberapa pengguna laman sosial hari ini mempertikaikan caj parkir kenderaan yang dianggap tidak munasabah dipercayai dikenakan di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil, di sini.

Ketika ini, penonton sedang berpusu-pusu menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC yang dijangka bermula pada pukul 9 malam.

Berdasarkan perkongsian di laman Twitter, notis yang ditampal pada tiang sebuah khemah menunjukkan caj parkir di KLSC bagi sekali masuk adalah RM20.

Justeru, netizen dilihat tidak berpuas hati dengan kadar caj parkir yang dikenakan dengan menganggap ia terlalu mahal.

Segelintir pengguna turut menyarankan kepada orang ramai yang ingin menonton aksi final malam ini supaya menggunakan penggunakan awam iaitu sistem transit aliran ringan (LRT) atau pun menggunakan motosikal untuk ke stadium.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan caj parkir sebenar yang dikenakan oleh pihak pengurusan sekiranya tiada sebarang perlawanan diadakan di stadium berkenaan.

Seramai 20,000 penonton yang sudah lengkap dos vaksinasi dijangka hadir untuk menonton perlawanan malam ini. – MalaysiaGazette