Home Sukan Dominic pilih Sabah FC?

Dominic pilih Sabah FC?

Foto Instagram Dominic Tan.

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan negara yang berkelana dalam saingan Thai League 1, Dominic Tan akan meninggalkan kelab Police Tero FC pada musim depan.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Dominic telah membuat ucapan selamat tinggal kepada kelab itu.

“Daripada orang asing kepada satu keluarga. Terima kasih @policetero_fc untuk semua kenangan indah, saya akan menghargainya selama-lamanya. Ini bukan penamat, saya akan kembali,” tulisnya.

Dominic mula beraksi dengan Police Tero mulai musim 2019 secara pinjaman dari pasukan JDT sebelum ditawarkan kontrak penuh sebagai pemain kelab itu pada musim 2020.

Selepas ini, tidak dapat dipastikan kelab baharu pemain berusia 24 tahun inu pada musim 2022.

Namun khabar angin menyatakan dia akan menyertai pasukan Sabah FC yang dilihat akan mengumpulkan pemain-pemain yang berjaya menjadi tonggak skuad, Datuk Ong Kim Swee sekitar 2017 dan 2018.

Dengan ketiadaan Dominic dalam aksi Thai League 2022, hanya seorang pemain Malaysia, Junior Eldstal akan terus beraksi di Thailand. – MalaysiaGazette