Home Dunia Empat terbunuh akibat ribut di Istanbul

Empat terbunuh akibat ribut di Istanbul

ISTANBUL -Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 38 lagi cedera dalam kejadian ribut kencang di Istanbul, Turki.

Pejabat Gabenor Istanbul mengesahkan salah seorang yang menjadi korban adalah warga asing.

Dalam kejadian di daerah Esenyurt, seorang wanita maut selepas terkena bumbung yang diterbangkan angin.

Anaknya pula terselamat dan hanya mengalami kecederaan

Ribut kuat berlaku telah menerbangkan 33 bumbung bangunan, 192 pokok, 52 lampu isyarat dan merosakkan 12 buah kereta.

Menurut pihak berkuasa, angin sekuat 129 kilometer sejam turut menyebabkan hujan lebat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengangkutan laut di selat Bosphorus – yang menghubungkan Marmara dan Laut Hitam ditutup kepada semua kapal daripada kedua-dua arah.- Agensi