
KUALA LUMPUR – Acara Victory Parade yang dirancang untuk meraikan pasukan KL City yang menjuarai Piala Malaysia edisi ke-100 di bandar raya esok dibatalkan.
Presiden Kuala Lumpur (KL) FC, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akur bahawa aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal tidak sesuai pada ketika ini.
”Keselamatan & kesihatan penyokong KL City & warga kota kita utamakan,” katanya.
Dalam kenyataan terdahulu, Annuar berkata, acara itu diadakan bagi membolehkan warga Kuala Lumpur melihat secara lebih dekat piala tersebut dan pemain-pemain pasukan bola sepak KL City yang turut serta dalam victory parade itu. – MalaysiaGazette