KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup cawangannya di Kuala Lumpur dan Labuan pada Jumaat, 3 Disember 2021, sempena cuti umum bagi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan susulan pengumuman oleh Menteri Wilayah Persekutuan semalam.
Ahli di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ingin menjalankan sebarang transaksi di
kaunter KWSP boleh pergi ke cawangan lain yang terdekat di Petaling Jaya di PJX-HM Shah Tower, Puchong, Shah Alam, atau Gombak.
Ahli juga digalakkan untuk melakukan transaksi tertentu dalam talian melalui i-Akaun. – MalaysiaGazette