Home Utama Pemandu lori, kenderaan MPV disahkan maut dalam tanah runtuh

Pemandu lori, kenderaan MPV disahkan maut dalam tanah runtuh

The Fire and Rescue team carrying out excavation works to rescue the victims trapped in the Section 27 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Cameron Highlands landslide. Pasukan bomba dan penyelamat menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tugas anggota bomba penuh berisiko di lapangan.

IPOH – Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, manakala seorang lagi adalah pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang belum dikenal pasti indentitinya.

Beliau berkata pada masa ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat membawa keluar mangsa daripada kenderaan masing-masing dalam runtuhan itu dan akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Mior Faridalathrash berkata pemandu lori sayur itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang.

“Tiada penumpang lain di dalam lori dan MPV yang terperangkap dalam runtuhan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette