Home Nasional SOP PRN Sarawak sudah hampir siap, ambil kira risiko Omicron

SOP PRN Sarawak sudah hampir siap, ambil kira risiko Omicron

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media mengenai mengenai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 26 NOVEMBER 2021.

PUTRAJAYA – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menguruskan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 18 Disember ini kini di peringkat akhir untuk disiapkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, masih terdapat beberapa perkara yang perlu di kemaskini dalam SOP berkenaan sebelumdiangkat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

“SOP untuk PRN Sarawak sudah hampir mahu disiapkan, KKM sedang memperhalusi satu dua perkara lagi untuk kita kemukakan kepada SPR,” katanya dalam sidang media khas Covid-19 varian Omicron di sini, hari ini.

Tambah beliau, KKM juga akan mengambil kira perkembangan terbaharu kes penularan Omicron di dalam negara dalam persiapan SOP PRN Sarawak nanti.

“Sudah pasti perkembangan baharu ini (varian Omicron) mestilah diambil kira supaya SOP yang akan kita kemukakan kepada SPR nanti supaya ia dilihat agak lebih ketat.

“Ini penting untuk memastikan tidak ada penularan Covid-19 berlaku sewaktu PRN Sarawak nanti,” tegasnya.-MalaysiaGazette