• Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Cari
Tuesday, May 13, 2025
  • Sign In
  • ms MS
    • ms MS
    • en EN
MalaysiaGazette
  • Utama
    • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

      OKU culik kanak-kanak dipenjara dua tahun

      Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

      Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

      Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir – MB

  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Home Politik GPS cukup berkemampuan perolehi kepercayaan rakyat Sarawak – BN
  • Politik

GPS cukup berkemampuan perolehi kepercayaan rakyat Sarawak – BN

By
Bernama
-
4 December 2021
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memerlukan ‘campur tangan luar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini, kerana pemimpin-pemimpinnya cukup berkemampuan untuk memperolehi kepercayaan rakyat Sarawak.

Sehubungan itu Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, BN tidak akan menurunkan jenteranya pada PRN ini.

“Tetapi jika ada keperluan untuk beberapa orang pemimpin BN untuk membantu, kami akan sentiasa ada di sini. Tetapi buat masa ini, tidak, kerana kami rasakan kepimpinan GPS adalah terbaik untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri ini dan mendapat kepercayaan daripada rakyat Sarawak sendiri,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, yang turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohamed berkata, kunjungan pemimpin-pemimpin BN ke Sarawak bertujuan memberikan sokongan moral kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan GPS, dalam menghadapi PRN Sarawak ke-12.

Beliau berkata, BN secara rasmi tidak akan menyertai PRN Sarawak buat pertama kali.

“Saya berharap rakyat negeri Sarawak dapat memberikan mandat yang besar kepada parti GPS semasa pilihan raya negeri akan datang. Kestabilan perlu ada jika kita hendak pembangunan dan kemakmuran,” katanya.

Mohamad turut menegaskan penggunaan bendera dan logo Dacing BN tidak dibenarkan dalam kempen PRN Sarawak.

BN menurut beliau, akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya terdapat parti politik atau mana-mana individu menggunakan lambang parti itu dalam kempen PRN di Sarawak.

“Selain daripada GPS, kita tidak ada parti yang mesra dengan Barisan Nasional. Jadi kita tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan lambang Dacing, kerana Barisan Nasional tidak menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak ini,” tambahnya.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 6 Disember ini, pengundian awal pada 14 Disember manakala 18 Disember pula adalah hari pengundian PRN Sarawak. – Bernama

Bernama
+ postsBio ⮌
    This author does not have any more posts
  • Tag
  • BN
  • logo
  • Mohamad Hasan
  • pemimpin GPS
  • PRN Sarawak

Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis

Politik

Puad lebih gemar main politik dari berkhidmat untuk rakyat – Sahruddin

Politik

Pemilihan PKR tak cetus permusuhan ketara – Anwar

Politik

Ahli UMNO perlu hati-hati propaganda menjelang PRU-15 – Mohd Sharkar

Artikel Popular

MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [email protected] / [email protected]

BERITA TAMBAHAN

Laksana inisiatif tambah baik pergerakan di sempadan Malaysia-Singapura

5 March 2025

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

19 September 2024

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

19 September 2024

KATEGORI POPULAR

  • Nasional46035
  • Politik15953
  • Utama14299
  • MGNews12612
  • Ekonomi11568
  • Dunia9772
  • Foto Pilihan8604
  • Hubungi Kami
  • Webmail
© 2013-2022 MalaysiaGazette, All Rights Reserved